Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Tuesday, September 13, 2011

Awas! Aktiviti di KL Minggu Ini!!


Diberitakan...
Makcik Jual Gorang Pisang akan rugi RM12.5 juta,
Aya jual kacang puteh akan rugi RM26.3 juta,
Ah So jual bunga lily akan kerugian RM6.5 juta,
Pengerusi Persatuan peniaga-peniaga melayu KL mendakwa akan rugi RM128.9783 juta!
Pengerusi Persatuan Pemandu Teksi KL mendakwa anggaran kerugian bagi setiap buah teksi akan mencecah RM256.421 juta!

Wahh!!!
Bahaya nehh!!
kenapa Polis boleh bagi permit!!!

budakbalun 13092011

Trafik ibu kota perlahan, jalan utama ditutup

Keadaan trafik di sekitar ibu kota bergerak perlahan berikutan beberapa jalan utama ditutup secara berperingkat mulai hari ini hingga Jumaat sempena sambutan kemerdekaan negara dan Hari Malaysia.

Jurucakap Trafik Jalan Bandar berkata trafik perlahan sehingga pukul 10 pagi juga disebabkan terdapat pelajar sekolah rendah bercuti kerana peperiksaan bertulis Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bermula hari ini. "Sekiranya pelajar sekolah tidak bercuti hari ini, kemungkinan berlaku kesesakan teruk di sekitar ibu kota kerana ibu bapa menghantar anak mereka ke sekolah dan orang ramai berpusu-pusu ke tempat kerja," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata jalan utama yang ditutup bermula pukul 8.15 pagi melibatkan Jalan Travers, Jalan Mahameru, Jalan Damansara (Carcosa Seri Negara), Jalan Lembah, Jalan Perdana (Masjid Negara), Bulatan Hishamuddin, Jalan Tembusu, Jalan Cenderasari, Jalan Kinabalu, susur Bukit Aman dan Jalan Raja. Turut ditutup ialah Jalan Leboh Pasar Besar, Jalan Lebuh Ampang dan Jalan Tun Perak, Bulatan Dato Onn, Jalan Parlimen, Jalan Raja Laut, Jalan Sultan Ismail, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Munsyi Abdullah, Jalan Dang Wangi dan Jalan Mahkamah Persekutuan.-mkini

Nasihat buat Pegawai bawahan Polis..


haaaa..
Yang tulis surat ni bukan Koperal tau..
bukan Sarjan... bukan OCPD..

Tapi bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah KL!
bukan ketua balai Bukit sentosa!

so... semoga menjadi iktibar kepada polis-polis semua..
InsyaAllah... sama-sama kita tegakkan kebenaran!
budakbalun 12092011

'Bukti dipalsukan pada bicara kes rasuah Anwar'

Hukuman kerana salah guna kuasa ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1999 adalah silap kerana pihak pendakwaan telah memalsukan bukti dan membuat penipuan melalui tindakan pegawai penyiasat ketika itu, Tan Sri Musa Hassan dan pendakwa raya ketika itu Tan Sri Abdul Gani Patail. musa hassan police igp pc 250607 mumDakwaan itu dibuat melalui sepucuk surat terbuka, baru yang dihantar kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar, hari ini, oleh bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Mat Zain Ibrahim. Menurut Mat Zain, Musa (kiri) dan Abdul Gani melakukan penipuan berkenaan untuk manfaat bersama mereka. Kedua-dua mereka kemudiannya telah dinaikkan pangkat. Musa menjadi Ketua Polis Negara manakala Abdul Gani pula menjadi Peguam Negara. Musa bersara baru-baru ini. - mkini