Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Friday, October 7, 2011

MP PR WAJIB Cium Tangan Ibrahim Ali!

Semua MP PR yang 'ponteng' WAJIB cium tangan Ibrahim Ali!
At least Ibrahim Ali ada dalam Dewan masa Undian tuh!!


Hok aloh... MP PR kena jawab isu nie..

1Malaysia tahu yang MP BN ni majoritinya penyamun tarbus..
Duk siang malam fikir macam mana nak rembat hasil mahsul..
Kalau ada yang baik pun..
Nak tak nak kena sokong gak sebab 'cari makan'..

Abis tu?
yang MP PR ni apa halnya pulak boleh ramai yang 'tuang' masa sesi undian belah bahagi tu?
Yang usulkan undian pun daripada MP PR jugak!

Takkan tak kira berapa orang yang ada?
Takkan tak boleh buat simple calculation?
Kalau dah tau takkan boleh menang guna undi,
Apasal nak usul jugak?

kena ada jawapan yang munasabah atas semua itu..
Bukan nak salahkan MP PR akhirnya kita gagal pertahankan Kampung Baru KL..
Tapi sepatutnya @ setidak-tidaknya kita full swing masa undi belah bahagi tu!
Kalau kalah pun puas hati!

ini disebabkan ramai MP PR yang takde dalam Dewan masa tu..
Kita kalah undi.. walhal MP BN pun ramai yang tak datang!
Diulangi, memang MP-MP BN hampas..
tapi wakil yang kita hantar untuk lawan MP BN hampas tu tapi tak datang..
Laaagi hampas!

MP Yang hadir dan mengundi... mana yang lain?

Pas :

P8 : Pokok Sena - Mahfuz Omar
P24 : Kubang Kerian - Salahuddin Ayub
P12 : Jerai - Mohd Firdaus Jaafar
P11 : Pendang - Mohd Hayati Othman
P13 : Sik - Che Uda Che Nik
P111 : Kota Raja - Siti Mariah Mahmud
P31 : Kuala Kerai - Mohd Hatta Ramli
P108 : Shah Alam - Khalid Abd Samad
P23 : Rantau Panjang - Siti Zailah Muhd Yusoff
P21 : Kota Bharu - Wan Abdul Rahim Wan Abdullah
P28 : Pasir Puteh - Muhammad Husin
P101 : Hulu Langat - Che Rosli Che Mat
P7 : Padang Terap - Mohd Nasir Zakaria

PKR :

P115 : Batu - Chua Tian Chang
P99 : Ampang - Zuraida Kamarudin
P53 : Balik Pulau - Mohd Yusmadi Mohd Yusuff
P98 : Gombak - Mohamed Azmin Ali
P104 : Kelana Jaya - Gwo-Burne Loh
P10 : Kuala Kedah - Ahmad Kasim
P82 : Indera Mahkota - Azan Ismail

DAP :

P65 : Ipoh Barat - M. Kulasegaran V. Murugeson
P117 : Segambut - Lim Lip Eng
P110 : Klang - Charles Anthony Santiago
P138 : Kota Melaka - Sim Tong Him
P76 : Teluk Intan - M. Manogaran
P145 : Bakri - Er Teck Hwa
P66 : Batu Gajah - Fong Po Kuan
P120 : Bukit Bintang - Fong Kui Lun
budakbalun 07102011

Pakatan gagal sekat rang undang-undang Kg Baru

Ahli Parlimen Pakatan Rakyat gagal menyekat Rang Undang-Undang Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu 2011 apabila rang undang-undang itu diluluskan menerusi undi belah bahagian.

Undian itu yang diminta sendiri oleh pihak pembangkang menyaksikan 72 ahli parlimen menyokong manakala hanya 28 yang tidak bersetuju rang undang-undang itu dibacakan untuk kali kedua.

Undian belah bahagian dibuat selepas Dr Hatta Ramli (PAS-Kuala Krai) mengemukakan usul itu kepada Yang DiPertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia (kiri), yang kemudiannya membenarkan undian itu selepas berpuas hati usul itu memenuhi syarat Peraturan Mesyuarat yang memerlukan persetujuan 15 anggota parlimen.

Suasana agak kecoh sebaik loceng dibunyikan apabila ahli parlimen Pakatan yang kelihatan 'terlalu yakin' akan dapat menggagalkan rang undang-undang itu mengejek wakil kerajaan yang mula berlari masuk untuk memenuhkan korum.

Bagaimanapun, sebaik sahaja keputusan diumumkan Pandikar Amin, beberapa anggota pembangkang yang kecewa terus meninggalkan dewan.

1 comments:

Amuraria said...

INILAH YANG LECEH MP PAKATAN ! BILA NAK SEKAT MAJORITI PENYAMUN TARBUS UMNO@APCO PANDI KUTTY BANYAK YANG TUANG ! SANG KATAK WALAU LENA BANGKIT JUGA SOKONG GEROMBOLAN DEMI CARI MAKAN,YANG MACAM NAK RAK TENTANG UMPORNO TAPI LAST DEPA JUGA MENANG,WALAU ADA KES PENGKHIANATAN GEROMBOLAN YANG MEMANG TERKENAL LICIK MACAM MUSANG TAPI PR WAJIB BERWASPADA KALU TAK MAHU HILANG SOKONGAN MENJELANG PRU-13 INI !