Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Sunday, September 19, 2010

Mimpi Ngeri BudakBalun??? Arghh!!


Teman ada story sikit nih!
Malam tadi teman punya la payah nak tido..
Lepas layan cite Game Plan lepas nightline Tv3..
baru la teman tertido..
(sorry, umah teman takde astro so terpaksa la layan Tv3)

Dalam tido tu teman bermimpi..

Teman sedang menyampaikan ceramah atas pentas Pakatan Rakyat!
Lokasinya di suatu tempat dalam Dun Behrang..
Dun teman leee...

Yang menjadikan mimpi teman ni termasuk kategori 18PL..
rupanya-rupanya teman sedang berceramah dalam kempen PRU!
Dan tambah mengerikan lagi.. teman ternampak poster PAS yang ada tanda pangkah..
dan ada gambo teman!! Pergghhhh!!!
Teman jadi calon ghopenyerrr!! Wakakakaak!

Apa lagi teman pun perderas la bagi ucapan atas pentas tu..
Pentas tu pulak agak tinggi dan dari atas pentas tu teman boleh lihat ribuan orang dibawahnya!
Dah macam Anwar Ibrahim bagi ucapan reformasi 98 dari atas masjid negara lak!

Teman dapat tengok ada orang kampung teman kat bawah nun..
sedang teman dok bagi ucapan yang berapi-rapi..(apa lagi tibai UMNO-BN laaa)
tiba-tiba teman terdengor bunyi handset....
Lahhhh.. dibantainye terkejut pulak!!! Aduyaiii!!
Kena bangun solat subuh.. alarm handset bik mama teman berbunyik pulak!!

hmm.. lepas solat subuh teman termenung kat kerusi panjang..
kalau teman bertanding dalam PRU tu..
siapa pulak lawan teman?? Jamal Posmen ke?
wakakakakak!!!

Ada sesiapa kawan-kawan leh tafsir mimpi teman nih???
huhuhuhuhu!

sunsnake 19092010

Sokong Nik Aziz Tak Bangga Jadi Bangsa Melayu!


Kat atas ni contoh pejuang-pejuang yang mahu perjuangkan Islam..

Kat Bawah ni contoh pejuang-pejuang yang mahu perjuangkan Melayu..


Renung-renungkanlah...

sunsnake 19092010


Nik Aziz tak bangga jadi bangsa Melayu?

KOTA BHARU 18 Sept. – Ketika terdapat usaha cuba menghapuskan keistimewaan hak orang Melayu, Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pula menyatakan beliau tidak bangga berbangsa Melayu.

Ini kerana, katanya, bangsa itu datang secara automatik dan di dalam Islam tiada bangsa yang lebih dan jika ada pun, ia adalah bangsa Arab.

Malah, Mursyidul Am Pas itu menjelaskan, sekiranya beliau dijemput berceramah bukan kerana beliau berbangsa Melayu sebaliknya atas nama Islam.

“Bagi saya, kalau saya dijemput ceramah, saya bukan dengan nama Melayu, dengan nama Islam. Cuma kebetulan saya ini nama Melayu.

“Saya tidak berbangga bangsa Melayu. Bangsa ini datang secara automatik,” katanya pada majlis dialog bersama wartawan di sebuah hotel di sini, malam tadi.

Berita Penuh

Mukhriz - Pakatan Rakyat Terbukti Hebat!

Humang aihh!!
Hebat giler Pakatan Rakyat!
Sampaikan gagal Kerajaan Malaysia nak tarik masuk pelabur asing..
Meniaga di Malaysia nih!!

Puncanya..
Pakatan Rakyat kasi pecah lobang kat dunia..
yang menteri-menteri banyak rasuah..
yang pegawai-pegawai banyak rasuah..
yang jabatan-jabatan banyak rasuah..

sampaikan syarikat luar takut nak bukak kilang kat Malaysia..
sampaikan negara luar tak berani nak izinkan syarikatnya masuk Malaysia..
sampaikan tokey-tokey luar tak berani nak melabur kat Malaysia..

Lain kali.. kalaupun ada rasuah.. diam-diam sudah..
kalaupun ada ketirisan.. diam-diam sudah..
kalaupun institusi keadilan di Malaysia ni collapse..
diam-diam sudah.. jangan sampai negara luar tau!

macam la syarikat-syarikat luar tu bodoh macam brahing katok!
macam la negara-negara luar tu bangang macam eee..
macam la tokey-tokey luar tu bengong macam totok UMNO!

hmm.. mungkin depa semua tu rajin layan website dan blog PR kot??
Tak mau dah baca Utusan Online.. wakakaak!
tokey-tokey arab dah rajin bukak Budakbalun kot??
wakakakak!! boleh minta sumbangan nih!
kat al-maktom! wakakaka!

sunsnake 19092010

Mukhriz: Pembangkang yang burukkan FDI
Sep 18, 10

Tindakan pembangkang yang sering memburuk-burukkan nama negara menyebabkan ramai pelabur asing takut untuk datang ke Malaysia, dan ia mengakibatkan pelaburan langsung asing (FDI) merosot sehingga 81 peratus bagi tahun 2008 dan 2009, kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir.

Beliau berkata walaupun tindakan pembangkang itu ditujukan kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) tetapi pihak luar akan melihatnya sebagai keburukan negara.

Beliau berkata kesannya ia menjejaskan minat pelabur-pelabur untuk datang ke Malaysia dan apabila ia berlaku, pembangkang kemudiannya akan menyalahkan kerajaan yang mereka dakwa tidak cekap.

"Sedangkan masalah itu mereka yang usahakan dan kemudian dia tuduh kerajaan yang salah. Bagaimanapun, kerajaan sentiasa melakukan yang terbaik untuk menarik ketibaan pelabur luar ke dalam negara," katanya kepada pemberita ketika ditemui di majlis rumah terbuka Ketua Pemuda Umno Bahagian Pendang Akrom Abdul Hamid di Pendang hari ini.

Berita Penuh

Mak Aihh!! UMNO tak nak Duit Sumber Judi???


Wakakakakak!!


Kalau semalam teman kata Allahyarham M.Rajoli tiada galang gantinya..
Hari ni mungkin teman terpaksa fikir balik statement teman tuh!
Mungkin kita dah ada penggantinya yang sangat baik mutu lakonannya..
tapi malangnya.. tak mungkin mamat ni dapat anugerah di Seri Angkasa atau Oscar melainkan dianjurkan oleh UMNO!!

Sejak bila pulak UMNO jadi geli dan takut wang hasil judi ni?
Agak-agak la nak berlakon pun!!
Sumber Kerajaan Penang tu masih lagi tuduhan sahaja..
itupun UMNO yang tuduh! 1Malaysia dah tahu apa keputusannya kalau UMNO yang tuduh..
Bukan tak nak percaya.. tapi ingat tak dengan cerita
"Gembala Kambing Yang suka Menipu'?

Hanya dengan posting dalam blog pun UMNO dah risau akan ke'haraman' duit tu?
Yang dah sah kenyataan Menteri UMNO nak 'halal'kan judi bola tu tak nak pulak memekaka?
Tak nak pulak berlakon mamak sorang nih???

Aduyaiii!!! Aduyaiii!!! Aduyai!! makin sengal la UMNO dah nak mati nih!
sunsnake 19092010

Pulau Pinang diminta perjelas sumber wang ehsan
Sep 18, 10
Pergerakan Pemuda Umno mahu kerajaan negeri Pulau Pinang memberi penjelasan berhubung dakwaan sebuah blog kononnya pemberian wang ehsan iaitu RM100 setahun kepada warga emas dan RM1,000 kepada waris keluarga warga emas meninggal dunia menerusi program penghargaan warga emas adalah menggunakan wang daripada sumber judi.

Ketua Penerangannya Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata Ketua Menteri Lim Guan Eng perlu segera memberi penjelasan kerana dakwaan dalam blog "Pisau.Net" itu telah menimbulkan kegelisahan dan rasa kurang senang segelintir penerima wang ehsan itu, terutama yang beragama Islam. "Saya terima banyak panggilan daripada warga emas yang bertanyakan mengenai perkara itu dan mereka bimbang serta gelisah kerana sudah menerima wang RM100 dan RM1,000 terbabit sejak kerajaan negeri melaksanakan program penghargaan warga emas.

Berita Penuh

Bagi la peluang Saya berehat - Mat Taib

Opsss!! Silap gambor laksss!

Aduyai..
Kot ye pun terdesak UMNO ni..
Bagi la peluang Tan Sri kita ni berehat..
Dah 40 tahun bergelumang dalam politik UMNO..
Sampai ke Australia berkempen! Wakakaka!

Teman menghormati kehendak Tan Sri kita ni yang nak berehat..
Harap-harap, walaupun terdesak la ni..
jangan UMNO dok masih nak pressure beliau..
Kot ada pun golongan yang kepingin sangat title Ketua Bahagian UMNO Kelana Jaya tu..
Tunggu-tunggulah pemilihan akan datang..
Toksahlah kalut-kalut..
Takkan lari gunung dikejar!!! wakakakak!

sunsnake 19092010

Mat Taib: Saya masih perhati politik, Umno Sgor

Walaupun tidak lagi memegang jawatan dalam parti atau kerajaan, bekas Ketua Penerangan Umno Tan Sri Muhammad Muhamad Taib berkata beliau masih lagi memerhatikan perkembangan semasa politik dan Umno di Selangor. Muhammad menafikan dakwaan bahawa beliau kecewa atau merajuk dan menjalani kehidupan biasa selepas tidak memegang jawatan penting setelah pilihan raya umum Mac 2008. "Kita tengok, kita perhati. Saya kini lebih banyak berehat," katanya kepada petugas media yang ditemui ketika menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya di kediamannya di Shah Alam malam tadi.
Berita Penuh

PEKIDA Persetankan PERKASA?


"Kami juga mengingatkan dan mempersetankan mana-mana pihak yang cuba mempolitikkan isu ini serta merendah-rendahkan kewibawaaan serta martabat PDRM...," -Pengerusi hal ehwal khas Pekida Shahril Abdul Aziz.-sumber

Wah! biar benor wehh?? kamu nak persetankan pihak yang cuba mempolitikkan isu pembunuhan 4 orang melayu nih?? Kamu dah baca ke kenyataan tuduhan Zahid Mat Arip ni?

Mohd Zahid mempersoalkan kenapa DAP langsung tidak bersuara bagi mengutuk pembunuhan kejam tersebut, sedangkan sebelum ini parti berkenaan gah mendakwa organisasi mereka sebagai sebuah parti yang memperjuangkan hak semua pihak.

Mohd Zahid juga dilaporkan berkata: "Apakah tindakan membisu ini mempunyai kaitan dengan dakwaan yang mengatakan bahawa suspek utama adalah ahli seumur hidup parti tersebut. Jika benar (dakwaan itu), ternyata DAP sebuah parti hipokrit yang hanya memperjuangkan kepentingan kaum tertentu sahaja."
- sumber

So? siapa yang politikkan isu ni? Zahid ini juga adalah Ahli majlis Tertinggi PERKASA wehh!! aduyaii!!! jangan pecah lobang wehhh!! Wakakakak!

sunsnake 19092010

Sumbangan Aidilfitri di Bukit Beruntung/Bukit Sentosa

Bukit Sentosa, 18 September 2010 - Bertempat di pejabat No.70 Jln Semarak,Pusat Khidmat Masyarakat Jalan Semarak yang juga rumah Pengerusinya Tn. Hj Zulkifli Dawam telah berlangsung Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri dan sumbangan kepada 85 orang anak-anak Yatim.

Majlis bermula pada jam 3.00 petang dan dirasmikan oleh Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Ustazah Nuridah Muhd Salleh. Kira-kira 200 orang hadirin telah dijamu dengan pelbagai jenis juadah termasuk kuih-muih raya yang beraneka.

Didalam ucapannya, Ustazah Nuridah sempat mengucapkan tahniah atas kejayaan penganjur iaiatu PKM Jalan Semarak dengan pelbagai aktiviti membantu masyarakat sekitar terutama golongan yang kurang bernasib baik seperti ibu-ibu tunggal, anak-anak yatim dan juga golongan fakir miskin yang juga ingin turut sama bergembira menyambut hari kemenangan Aidilfitiri ini.

Diakhir majlis, beliau turut menyampaikan sumbangan daripada Dewan Muslimat PAS pusat kepada anak-anak yatim berupa sedikit 'ang pau' bagi menceriakan anak-anak tersebut. Turut hadir dimajlis berkenaan adalah pimpinan-pimpinan Pakatan Rakyat setempat daripada Dewan Pemuda PAS Hulu Selangor yang diwakili Ketuanya Sdr. Mohd Nizam Mat Rahim dan pimpinan PKR Cabang Hulu Selangor Sdr Shaiful Anuar Sulaiman serta dua orang Ahli Majlis Daerah Hulu Selangor iaitu Sdr Sazali Nor Saham dan Puan Kameliyah Bien. - budakbalun


Antara hadirin yang hadir sedang menjamu selera


Pengerusi PKM Jalan Semarak, Tn Haji Zulkifli Dawam membuat ucapan aluan.


Ustazah Nuridah yang baru tiba..


Wakil Pengerusi Komuniti Hulu Selangor menyampaikan ucapan


Ketua Dewan Pemuda PAS Hulu Selangor menyampaikan ucapan


Majlis turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran Kaum India..1malaysia!


Barisan kepimpinan PR Hulu Selangor


Puan Kameliyah Bien menyampaikan ucapan


Ketua Penerangan PKR, Sdr Shaiful menyampaikan ucapan..


Ustazah Nuridah merasmikan majlis



Sumbangan kepada anak-anak yatim