Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Wednesday, August 25, 2010

Hukum Hudud - Noh Omar Pecahkan Tembelang UMNO!


Sila baca quote kata-kata Noh Omar Al-Haj dibawah ini dengan teliti dan penuh penghayatan!

so, harap teman-teman didalam PR terutama pimpinan kena fahamlah..
Hanya perpecahan PR sahaja yang dapat menyelamatkan UMNO daripada terus ketinggalan dalam arus sokongan rakyat!

Dan teman yakin.. Keinginan PAS kepada perlaksanaan Hukum Hudud adalah sangat difahami oleh DAP dan PKR malahan sangat jelas kepada rakyat Malaysia!
UMNO akan mengulangi isu Hukum Hudud ni dalam pelbagai irama dan melodi hinggalah nyawanya sampai dihalkum kelak! Walhal dia juga mengaku Islam dan mengaku beriman kepada kitab!
sunsnake 25082010

"Strategi kita tak boleh cakaplah. Dari segi semangatnya, senang saja. BN bukan saja dia minta tapi menghayati tawan semula Selangor itu saja. Semalam saya jumpa dengan JKKKP (Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Pusat), saya pun sampaikan mesej yang sama. Mesti masing-masing mainkan peranan untuk menawan semula Selangor. DAP ada 14 kerusi, DAP 13 kerusi, PAS ada 8 kerusi. Ini kedudukan yang betul dan BN ada 21. Kalau nak memerintah Selangor, satu-satu parti mesti ada 29 kerusi. Kalau salah satu parti keluar daripada Pakatan kita kena ada pilihan raya baru di negeri Selangor. PAS ada lapan kerusi tapi kalau PAS keluar, tinggal 27 kerusi. Runtuh, tidak boleh tubuh kerajaan. Kalau PAS saja keluar, cukuplah (untuk) runtuh kerajaan ataupun sekiranya PKR keluar atau DAP keluar."

Berita Penuh

Macam Ni Punya Kes Pun Ada...

Kalau dah duit teman banyak ni.. mana muat bawah bantal dow!


Kesian gak kat mamat cina nie..
Ingatkan simpan kat dalam bank selamat..
Idak jugak!
Lepas ni baik dia simpan bawah bantal!!!
Kompom selamat! kecuali rumah terbakar habis..

Mana la tau kalau ada perompak masuk..
Rasanya bagi perompak/pencuri era millenium ni..
takde la sampai bawah bantal kot dia selongkar!
kalau perompak zaman 60an dulu lain laaa..
memang itu la port favourite! wakakakaka!
sunsnake 25082010

Peti simpanan dipecah: Saman pelanggan ditolak
Ogos 25, 10 3:23pm

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak saman menuntut ganti rugi seorang pelanggan peti simpanan keselamatan Public Bank Berhad yang dipecah masuk dalam kecurian di sebuah cawangannya di Seri Kembangan, Selangor pada cuti Hari Raya Aidilfitri dan Deepavali empat tahun lalu. Hakim Datuk Balia Yusoff Wahi dalam penghakimannya setelah mendapati defenden tidak melakukan sebarang kecuaian seperti yang didakwa oleh plaintif menolak saman itu dan memerintahkan Wong Lee Hal, 46, membayar kos guaman kepada Public Bank Berhad. Balia berkata dakwaan bahawa bank gagal melindungi cawangannya daripada dipecah masuk pada 24 Okt 2006 tidak dapat dibuktikan kerana mengikut keterangan pembantu pengurus cawangan bank itu, beliau telah mengaktifkan sistem penggera sebelum beliau meninggalkan bank.

Berita Penuh

Duit Raya Gomen - Alhamdulillah


Alhamdulillah..
Akhirnya dapat la jugak staff gomen Pusat duit untuk persediaan Aidilfitri ini..
Sememangnya itu adalah hak mereka..
Dan Terima Kasih buat Kerajaan Malaysia dan paling penting bersyukurlah kepada Allah SWT atas rezeki kewangan ini..
Tidaklah banyak tapi setidak-tidaknya lepas la sikit tekanan jiwa nak raya ni..

Errr.. itu yang Gomen.. yang swasta nihh??
hmmm.. tau mana-mana pejabat Along yang terdekat?
Gaji pun ada yang dah 4-5 tahun tak naik-naik nih!!!
sunsnake 25082010

Kakitangan k'jaan dapat duit raya RM500
Ogos 25, 10 3:47pm

Lebih 1.24 juta petugas awam dan 590,000 pesara kerajaan mendapat durian runtuh apabila kerajaan hari ini mengumumkan akan membayar bantuan khas kewangan sebanyak RM500.

Dalam satu kenyataan hari ini, perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata bayaran itu adalah untuk petugas dalam Gred 1 hingga 54 dan pesara kerajaan. Ia akan dibuat sebelum 1 Syawal. "Keputusan ini diambil selepas mengambil kira kebajikan kakitangan awam dan pesara Kerajaan terutamanya bagi meringankan beban kos persediaan bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri," kata Najib yang juga Menteri Kewangan.

Berita Penuh