Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Saturday, August 7, 2010

KERAJAAN 1M NAJIB ...hilang....


Hilang integriti Hilang kredibiliti .....apabila ...

1. Ditipu oleh penipu dari luar - APCO , Penasihat dan Perunding imej kerajaan 1M 2. Ditipu oleh penipu licik dari dalam negara sendiri - Dr Ling Liong Sik dalam kes PKFZ. 3. Ditipu oleh dua lagi penipu licik, PM Najib dan Razak Baginda dalam kes pembelian kapal selam yang kekadang boleh menyelam dan kekadang tidak.

Kesemua kes melibatkan sejumlah wang yg amat besar - hampir ratusan billion ringgit.

Semua tu duit kerajaan, duit negara, duit rakyat... Duit rakyat tu ialah duit kita. Duit kita telah dicurahkan sewenang-wenangnya kepada yang bukan hak. Sedangkan rakyat yang susah dan menderita masih ramai. Kalau lah duit tu dicurah untuk membantu rakyat miskin yang sentiasa mengharap, alangkah baiknya. Tapi malang berkali-kali....(bukan malang sekali....)

Wahai pemimpin2 UMNO /BN ! jangan ingat rakyat ini bodoh dan boleh diperbodohkan. Jangan ingat rakyat ini rabun dan boleh dibutakan. Kami sememangnya celik! Dan anak-anak kami mengajar kami lebih celik !

Ayuh rakyat Malaysia ! Mari kita tumbangkan kerajaan 1M / UMNO BN melalui peti undi..

Oleh : rahimothman 8/2010

SUARA PEMIMPIN UMNO DAH BERTUKAR NADA ?

Muhyiddin baru nampak?


Sejak bila pemimpin UMNO bercakap bertukar nada ? ketepikan semangat perkauman konon. Sedangkan selama ini mereka sering meniupkan bara perkauman setiap kali berucap, berforum, Seminar, dailog atau ketika ditemubual. Baru sedar ? Dah terhantuk baru terngadah ? Dah terlambat. Pemimpin UMNO dah ketinggalan jauuuuh. Ketinggalan kapal terbang !

Pakatan Rakyat dah seru lama dah ! semenjak 1998 lagi. Pakatan Rakyat sudah meniupkan semangat perpaduan yang cukup jitu dihati seluruh rakyat. Rakyat telah faham dan mereka menolak secara total dasar serta semangat perkauman yang telah dibina lama oleh UMNO. Sejak dari Tahun keramat itu, hari-hari rakyat diajak berpadu tenaga, berpadu semangat, dan bersatu hati menentang perkauman, menentang kerajaan yang zalim, menentang kerajaan yang tidak adil - siapa lagi kalau bukan kerajaan BN.

Oleh : rahimothman - 4/8/2010


Petikan ucapan TS Muhyiddin Yasin : Ketepikan semangat perkauman – Muhyiddin

KUALA LUMPUR: Semua rakyat perlu mengetepikan semangat perkauman jika mahu lihat Malaysia kekal membangun dalam semua aspek, demikian menurut Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata, sebagai negara yang berhadapan cabaran berikutan mempunyai komposisi pelbagai kaum dan etnik, aspek perkauman perlu diketepikan bagi mengekalkan keamanan negara.
Malah jika sesuatu kaum tetap berdegil mahu mempertahankannya tanpa melihat sesuatu perkara dengan lebih meluas, ia mampu mengundang respon yang berbentuk perseturuan dan menimbulkan ketegangan antara kaum.

"Kami harus selalu mengimbangi di antara berkhidmat untuk kepentingan semua kaum dan memenuhi keperluan negara," katanya ketika menyampaikan ucaptama pada Sidang Kemuncak Para Pemimpin Pelajar Malaysia Tahunan ke 4 di sini semalam.
Menurut beliau, "kadangkala tuntutan yang melampau oleh sesuatu golongan etnik menyebabkan respon yang negatif dari komuniti yang lain.

"Apabila kaum-kaum saling membuat tuntutan masing-masing dan respon yang negatif akan menyebabkan ketegangan di antara etnik dan meletak keselamatan negara dalam bahaya. Semangat perkauman juga boleh diketepikan melalui perubahan sistem demokrasi pendidikan yang berkualiti.” katanya


Prejudis perkauman

"Maka tidak timbul nanti, prejudis perkauman atau rasa terpinggir kerana semua anak Malaysia mempunyai hak yang sama rata untuk mendapat pendidikan berkualiti.

Ujar beliau, "oleh sebab pengasingan dari sudut sosial dan ekonomi akan membawa kepada prejudis perkauman dan konflik etnik yang berpanjangan maka usaha meningkatkan kualiti pendidikan sekarang ini, saya yakin, akan menghapuskan semua punca konflik." ...3/8/10